Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM HARGAI KESABARAN RAKYAT

Kuala Lumpur, 1 Mac 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakyat Malaysia dalam menghadapi kemelut politik yang melanda negara sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, berkata sejak beberapa hari lalu keadaan negara terus berada dalam keadaan aman dan terkawal meskipun terjadinya kemelut dalam kalangan sebahagian pemimpin politik.

“Mewakili warga PDRM, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak terutamanya rakyat negara ini yang bersabar dan bertindak waras dalam menghadapi situasi ketidaktentuan politik.

“Situasi seperti inilah yang semestinya kita inginkan dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara dapat dikekalkan,” katanya kepada BH, semalam.

Tan Sri Abdul Hamid juga mengharapkan sikap bersabar dan waras ini dapat diteruskan demi ketenteraman semua pihak dengan pengumuman rasmi dari Istana Negara, petang semalam.

“Dalam konteks sama juga, PDRM sentiasa taat setia kepada perlembagaan dan undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman negara,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian.

Image may contain: 1 person, text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS