Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: HINA FIZIKAL ORANG LAIN BOLEH DIPENJARA

“Kau ni bila malam nampak baju, mata dengan gigi saja. Gelap betul,” gurau Samad bersama rakannya.

Sekali baca, pasti ramai pernah terdengar bahkan mungkin ada yang pernah mengungkapkan kata-kata sedemikian.

Namun, zaman kian berubah apatah lagi perbuatan mempersendakan rupa fizikal telah menjalar ke media sosial.

Kata-kata yang dianggap kelakar sebelum ini kini mempunyai nama baru, body shaming tapi satu perkara masih tidak berubah - body shaming masih dianggap kelakar.

Dek kerana teknologi menguasai zaman, perbuatan memalukan fizikal seseorang kini bukan hanya boleh dilakukan secara verbal malah di alam maya juga.

Bahkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini telah mengklasifikasikannya sebagai jenayah.

Pensyarah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zuraini Ab Hamid berkata, mereka yang melakukan body shaming boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Menurutnya, sekiranya disabitkan bersalah, mereka boleh dihukum penjara dalam tempoh tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali dan sekiranya mahu membuat laporan, mangsa boleh ke balai polis atau laporkan kepada SKMM.

“Bagi aduan kepada SKMM, mangsa boleh membuat aduan secara atas talian. Sekiranya aduan hendak dibuat di balai polis, mangsa digalakkan hadir sendiri ke balai polis berdekatan.

Bacaan penuh seperti pada pautan yang disertakan, https://www.sinarharian.com.my/…/Hina-fizikal-orang-lain-bo…

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: 2 people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS