Keratan Akhbar

#COVID-19 : KERATAN AKHBAR PILIHAN: MASYARAKAT PERLU JALANKAN PERANAN BANTU KERAJAAN BENDUNG COVID-19

Kuala Lumpur, 18 Mac 2020- Orang ramai perlu jalankan peranan membantu kerajaan bagi membendung jangkitan COVID-19.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador, berkata semua pihak perlu patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan kuasa yang diperuntukkan mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 dalam memastikan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah berkuat kuasa mulai tengah malam tadi sehingga 31 Mac ini.

“Perlu diingatkan bahawa sebarang bentuk pelanggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan”, katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS