Keratan Akhbar

#COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: BERITA PALSU COVID-19 CETUS KETAKUTAN PSIKOLOGI

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BERITA PALSU COVID-19 CETUS KETAKUTAN PSIKOLOGI

Penularan Covid-19 yang melanda seluruh dunia ternyata memberi kesan besar kepada pelbagai aspek kehidupan. Antara yang turut terkesan besar ialah pertumbuhan ekonomi, selain impak psikososial.

Keseriusan mengenai penularan wabak ini menyebabkan Malaysia mengambil tindakan dengan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula semalam hingga 31 Mac ini.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Malaysia turut mengenakan sekatan menyeluruh perjalanan rakyat ke luar negara. Bagi warganegara yang baru pulang ke Malaysia pula, mereka perlu melakukan kuarantin sukarela selama 14 hari.

Jumlah kematian akibat wabak ini sudah melebihi 6,443 orang. David DeStenao (2020) seorang ahli psikologi di Northeastern University, menyatakan jumlah kematian tinggi ini mengakibatkan kebimbangan dan ketakutan dalam kalangan warga dunia.

Mengikut beliau lagi, kebimbangan dan ketakutan masyarakat mengenai risiko COVID-19 adalah normal. Namun, apa yang tidak patut berlaku ialah wujudnya ketakutan psikologi atau psychological fear yang ekstrem dan tidak seimbang. Ketakutan psikologi ini diakibatkan gabungan faktor emosi dan pengetahuan terhad mengenai COVID-19.

Pelbagai maklumat palsu menambahkan lagi kebimbangan. Ini ditambah ketakutan melalui pemikiran tidak rasional bahawa orang di sekeliling semuanya pembawa virus COVID-19.

Dalam masa dunia bergelut menghadapi wabak ini, ramai terbelenggu dengan sikap mudah mempercayai maklumat palsu. Ketidakpastian mengenai sesuatu maklumat menyebabkan kita membiarkan diri dipengaruhi berita tidak sahih.

Ini adakalanya amat menakutkan. Di tengah-tengah penularan wabak ditambah dengan permainan psikologi yang dibina atas dasar pemikiran tidak logik, ia ternyata membawa kepada tindakan yang merosakkan. Contohnya, apabila berlakunya pembelian panik.

Bacaan lanjut menerusi pautan https://www.bharian.com.my/…/berita-palsu-covid-19-cetus-ke…

Sumber: Berita Harian Online

Image may contain: 1 person, text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS