Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT, PROGRAM KESUKARELAWAN JADIKAN MUHAMMAD RASID LEBIH MATANG DAN BERINTEGRITI

Kuala Lumpur, 19 Mac 2020 – Minat yang mendalam terhadap aktiviti kesukarelawan mendorong pelajar Universiti Malaya (UM), Muhammad Rasid Guliling, 23, untuk menyertai pasukan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) UM supaya dapat menyumbang bakti kepada masyarakat.

Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia itu memilih untuk menyertai badan uniform Polis Diraja Malaysia kerana membolehkan dirinya menyertai pelbagai aktiviti kesukarelawan yang dianjurkan.

“Dalam pasukan ini, kami banyak menganjurkan projek kesukarelawan termasuk Baktisiswa SUKSIS UM (BASSUM) dan Empowering Local Youth by SUKSIS UM (ELYSIUM) untuk menyumbang bakti kepada masyarakat.

“Selain berbakti kepada komuniti, program kesukarelawan juga membentuk saya dan rakan seperjuangan untuk menjadi lebih matang, mampan dan mempunyai integriti tinggi dalam apa jua yang dilakukan,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian.

Image may contain: one or more people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS