Keratan Akhbar

#COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: ENAM LELAKI INGKAR PKP DITAHAN

Hulu Selangor, 28 Mac 2020 - Seramai enam lelaki ditahan selepas mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kesemua individu berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan di sebuah stor getah skrap, di Rasa, di sini pada jam 1.30 pagi.

“Kita mendapati kesemua lelaki itu sedang berkumpul tanpa alasan munasabah di kawasan itu. Hasil semakan lanjut mendapati salah seorang daripada mereka dikehendaki polis bagi membantu siasatan,” katanya selepas tinjauan Sekatan Jalan Raya di Hulu Yam, di sini hari ini.

Arsad berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap kesemua individu itu. Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Laporan penuh di pautan berikut https://www.sinarharian.com.my/…/Enam-lelaki-ingkar-PKP-dit…

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS