Keratan Akhbar

[UPDATE] SUSPEK EDAR DADAH DALAM BUNGKUSAN ROTI CANAI DIBERKAS


#COVID-19 #WarAgainstDrugs

 

Gombak, 15 April 2020 - Seramai lima individu termasuk dua wanita ditahan kerana dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah dalam bungkusan roti canai.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Tuan Arifai Tarawe berkata, kesemua individu berusia lingkungan 18 hingga 70 tahun itu diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dalam operasi di kawasan Petaling Jaya dan Setiawangsa.

“Kita menahan seorang suspek yang memesan bungkusan tersebut di Setiawangsa semalam.

"Tiada sebarang penemuan dadah bersamanya namun hasil ujian air kencing mendapati suspek yang merupakan pelajar kolej itu positif dadah,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

ACP Tuan Arifai berkata, pihaknya juga telah menangkap seorang lagi lelaki yang membekalkan bungkusan itu dalam serbuan di sebuah rumah di Bangsar pada jam 12.30 tengah malam.

“Turut ditangkap seorang lelaki dipercayai rakannya yang bekerja sebagai pembantu kedai serta dua wanita yang berada dalam rumah tersebut.

“Dalam serbuan ini, kita merampas satu ketulan mampat dan beberapa peket dadah disyaki jenis ganja,” katanya.

Kelmarin, seorang pekerja penghantar makanan terkejut selepas bungkusan makanan yang dibawanya berisi peket dadah di Gombak di sini.

ACP Tuan Arifai berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada pengadu terbabit kira-kira jam 7 petang.

“Lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyatakan dia menerima pesanan melalui aplikasi tempahan daripada seorang individu di Tropicana Petaling Jaya untuk menghantar bungkusan kepada penerima di Setapak, Kuala Lumpur.

“Semasa berada di kawasan Gombak, pengadu telah membuka bungkusan itu kerana berasa tidak sedap hati. Setelah dibuka didapati dalam bungkusan roti canai itu terdapat dua peket plastik lut sinar disyaki dadah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

 

Imej mungkin mengandungi: teks dan makanan
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS