Keratan Akhbar

#COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: WANITA MABUK REMPUH SEKATAN JALAN, SERET ANGGOTA PGA

Lahad Datu, 25 April 2020 - Seorang wanita dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Muhibbah, sebelum melanggar seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah malam, anggota PGA dilaporkan cedera parah akibat turut terseret selepas dirempuh manakala suspek berusia 18 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Tuan Nasri Mansor, berkata sebelum kejadian suspek dipercayai baru balik dari rumah rakannya tidak jauh dari SJR berkenaan dan dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek tidak dapat mengawal kenderaan lalu merempuh dan menyeret seorang anggota polis sejauh kira-kira tujuh meter. Mangsa patah tangan kanan dan cedera di dahi serta dihantar untuk rawatan di Hospital Lahad Datu.

Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Bacaan lanjut di pautan: https://www.bharian.com.my/…/rempuh-sekatan-jalan-seret-ang…

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN