Keratan Akhbar

#COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: BUKIT AMAN PERTIMBANG HANTAR ANGGOTA TAMBAHAN KE PAHANG

Kuantan, 2 Mei 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mempertimbangkan untuk menghantar anggota tambahan ke negeri ini bagi memenuhi tugasan Op Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku pertambahan anggota termasuk negeri lain susulan kelonggaran pergerakan di bawah PKPB.

Menurutnya, setakat ini lebih 1,000 anggota dan pegawai ditugaskan dari Bukit Aman ke seluruh negara termasuk negeri Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

"Terkini, kerajaan membenarkan kegiatan komersial dijalankan termasuk aktiviti harian sekali gus menjadikan tugas polis lebih mencabar bagi memastikan rakyat terus mematuhi penjarakan sosial.

"Jika berlaku kekurangan kakitangan kemungkinan besar ada keperluan menghantar pegawai dan anggota dari Bukit Aman. Setakat ini kita menurunkan lebih 1,000 anggota dari Bukit Aman ke seluruh negara untuk membantu penugasan Op Covid-19 sejak PKP fasa dua," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sekatan jalan raya (SJR) yang turut dihadiri Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Abd Jalil Hassan di Tanjung Lumpur di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Sinar Harian seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS