Keratan Akhbar

#PKPB #COVID-19 #GerakMalaysia ARTIKEL PILIHAN: DAPATKAN KEBENARAN, JANGAN BERGERAK RENTAS NEGERI TANPA ALASAN MUNASABAH - KPN

Kuala Lumpur, 11 Mei 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador mengingatkan orang ramai untuk tidak melakukan pergerakan rentas negeri selepas kebenaran perjalanan selama hari empat hari sejak 7 Mei lepas tamat semalam.

Beliau berkata bermula hari ini, orang ramai yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri perlu mempunyai alasan munasabah serta mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu.

"Sekiranya masih ada keperluan oleh sesiapa untuk membuat pergerakan rentas negeri maka alasannya mestilah munasabah seperti menziarahi kematian ahli keluarga terdekat.

"Bagi tujuan sebegini, maka kebenaran polis mestilah diperoleh terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, Tan Sri Abdul Hamid berkata polis percaya tempoh empat hari pergerakan rentas negeri yang dibenarkan memadai untuk menyatukan keluarga yang terpisah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kebenaran rentas negeri ini adalah untuk mengurangkan beban psikologi mereka yang terpisah dengan ahli keluarga sejak pelaksanaan PKP mulai 18 Mac lepas," katanya.

"Ia juga dibuat bagi membolehkan polis merekodkan data-data pergerakan rentas negeri ini kerana amat berguna bagi tujuan pengesanan kontak sekiranya ada terkesan COVID-19," katanya.

Bacaan penuh seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1840341

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS