Keratan Akhbar

#PKPB #COVID-19 #GerakMalaysia KERATAN AKHBAR PILIHAN: ORANG RAMAI SELESA BERGERAK WAKTU MALAM

Subang Jaya, 11 Mei 2020 - Pemantauan udara oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pergerakan rentas negeri yang dibenarkan sejak 7 Mei lalu mendapati orang ramai lebih memilih melakukan perjalanan pada waktu malam berbanding siang.

Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Tuan Noor Sham Md Jani berkata, perkara itu mungkin disebabkan keadaan cuaca dan orang ramai mahu melakukan perjalanan selepas berbuka puasa.

Tinjauan udara dilakukan bersama Tuan Noor Sham selaku kapten dibantu pembantu juruterbang, ASP Mohammad Firdaus Rosli dan Lans Koperal Nurfaseha Rahmat serta Lans Koperal Noorhayati Md Saat selaku pemerhati udara, menaiki helikopter AgustaWestland AW139 bermula di Pangkalan PGU Subang.

Tuan Noor Sham berkata, pemantauan di Lebuhraya Utara-Selatan sekitar Rawang dan Tanjung Malim, Perak serta Lebuh Raya Sungai Besi malam semalam mendapati kenderaan yang masuk ke Kuala Lumpur bertambah berbanding hari kedua pergerakan rentas negeri dilancarkan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19

Image may contain: one or more people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS