Keratan Akhbar

#PKPB #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: 60 TEKONG DITAHAN SEPANJANG PKP

Johor Bahru, 13 Mei 2020 - Seramai 60 tekong yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan migran berjaya ditahan pihak berkuasa menerusi Op Pintas Bersepadu Selatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam tempoh yang sama pihaknya juga telah menahan seramai 90 migran terdiri daripada pelbagai warganegara termasuk dari Indonesia.

"Tekong yang ditahan berusia antara 23 hingga 57 tahun manakala migran yang ditahan berusia antara 1 hingga 60 tahun.

"Menerusi Op Pintas Bersepadu Selatan ini, kita akan memberi lebih tumpuan kepada penangkapan tekong dalam memastikan jenayah penyeludupan migran ini dapat dihalang," katanya.

Sementara itu, Dato’ Ayob Khan turut memaklumkan seramai tujuh tekong terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing telah dituduh di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Ahad lalu.

"Mereka dituduh di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS