Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JAGA KESELAMATAN RUMAH

Rata-rata rumah kosong ditinggalkan pada musim cuti sekolah dan perayaan.

Keadaan itu membuka peluang besar berlaku jenayah pecah masuk rumah. Walaupun pihak polis giat melakukan rondaan, kita perlu selalu beringat. Panduan daripada pihak polis ini boleh membantu.

• Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

• Pastikan lampu di sekeliling rumah termasuk bahagian depan atau belakang, dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Jika mempunyai alat penggera di rumah, pastikan ia dipasang dan berfungsi dengan baik.

• Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi hadapan dan belakang rumah. Alat berkenaan harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

• Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran ketika anda bercuti.

• Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.

• Pastikan barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dibawa bersama atau disimpan di tempat selamat dan bersesuaian.

• Hentikan langganan akhbar sementara bagi mengelakkan penjenayah mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Minta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar.

• Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal dan beratkan maklumat seperti berikut:

- Nama dan alamat;
- Nombor telefon yang mudah dihubungi;
- Tarikh berlepas dan balik; dan
- Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan ketika cuti.

• Anda juga dinasihatkan mendapatkan insurans harta benda rumah anda untuk meringankan beban kerugian jika rumah dipecah masuk.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS