Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: LUPUS DADAH BERNILAI RM9.2 JUTA

Seremban, 26 Ogos 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan melupuskan pelbagai jenis dadah yang menjadi barang kes bernilai RM9.2 juta semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato’ Mohamad Mat Yusop berkata, kes membabitkan 1,913 kertas siasatan bagi tahun 2006 hingga 2019 dan sudah selesai di mahkamah.

Beliau berkata, antara dadah yang dilupuskan ialah Heroin (5,109 gram), Ganja (2,004 gram), cecair Ganja (20 mililiter), Syabu (1,746 gram), pil Yaba (1.19 gram), Methadone (0.6 mililiter) dan 257 peralatan memproses dadah.

"Kesemua barang kes itu akan dilupuskan di Pusat Kualiti Alam di Sendayan," katanya pada sidang akhbar di IPK selepas melakukan penyerahan 17 kenderaan MPV jenis Honda Civic kepada semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Negeri Sembilan.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: one or more people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS