Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS BUKA KERTAS SIASATAN GUNA NAMA, GAMBAR AGONG

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2020 - Polis membuka kertas siasatan berhubung kenyataan tidak benar beberapa individu kepada media, yang menggunakan nama serta gambar Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Istana Negara melalui aplikasi WhatsApp.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Tuan Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya sedang giat melengkapkan kertas siasatan berkenaan.

"Kita ada terima laporan mengenai kenyataan berkenaan. Siasatan sedang dijalankan," katanya, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

Image may contain: 1 person, text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS