Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ROKOK SELUDUP RM6.3 JUTA DIRAMPAS

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ROKOK SELUDUP RM6.3 JUTA DIRAMPAS

Johor Bahru, 9 Oktober 2020 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan kegiatan sindiket rokok seludup dengan merampas 836 kotak rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM6.3 juta dalam dua serbuan berasingan semalam.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ini merupakan rampasan rokok tidak bercukai terbesar dilakukan di negeri itu pada tahun ini.

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan kira-kira pukul 3 petang di kawasan Plaza Tol Kempas ke atas sebuah lori dan menahan pemandu berusia 45 tahun.

Katanya, pemeriksaan lanjut menjumpai 420 kotak mengandungi 4.2 juta batang rokok pelbagai jenama.

"Serbuan kedua pukul 5.40 petang di kawasan Bumi Hijau Pandan, di sini merampas 416 kotak rokok seludup pelbagai jenama seperti Zon King, AXR, U2 dan Canyon.

"Dalam operasi itu, kita juga menahan pemandu lori berusia 48 tahun.

"Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM6.3 juta (termasuk cukai)," katanya pada sidang akhbar di Markas PPM Wilayah Dua, di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Kosmo seperti berikut.

Sumber: Kosmo Online

 
 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS