Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENGANGGUR MAKI POLIS BERANG DITEGUR TAK PAKAI PELITUP MUKA DICEKUP

Kulim, 10 Oktober 2020 - Seorang penganggur bertindak memaki dan menolak badan anggota polis kerana berang selepas ditegur kerana tidak memakai pelitup muka, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, kejadian berlaku jam 9.15 pagi ketika suspek berusia 51 tahun itu datang untuk membuat laporan, tetapi tidak memakai pelitup muka.

Menurutnya, anggota polis kemudian meminta suspek memakai pelitup muka namun lelaki itu bertindak memaki hamun dengan suara tinggi.

"Suspek masuk tanpa menghiraukan teguran anggota berkenaan dan mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai provokasi.

"Dia (suspek) dinasihatkan sekali lagi supaya memadam gambar terbabit, tetapi enggan dan berkeras tidak akan memadamnya," katanya.

Superintendan Azhar berkata, suspek kemudian mencabar anggota polis dengan membaling beg galasnya ke arah pengadu sambil mencarut dan mencabar supaya menangkapnya jika berani.

"Suspek juga menolak badan pengadu menggunakan tangannya dan anggota polis itu berjaya menangkap suspek dengan menggari tangannya dengan dibantu anggota lain" katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS