Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIADA TOLERANSI PESALAH CEMAR IMEJ PDRM

Kuala Lumpur, 10 Oktober 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador memberi jaminan pihaknya tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bersekongkol melindungi kegiatan dilakukan oleh sindiket atau kartel jenayah.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai termasuk dalam kalangan pimpinan tertinggi yang dikesan dan didapati mempunyai hubungan dengan sindiket bagi mendapatkan habuan tertentu.

"Tidak ada belas kasihan bagi mereka yang berani mencemarkan imej pasukan polis dan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh mereka tidak akan ditoleransi.

"Seperti yang saya tegaskan sebelum ini kami mengalu-alukan siasatan sebegini termasuk yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan yang dilakukan orang-orang saya," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, dalam hal ini pihaknya akan bekerjasama sepenuhnya dengan SPRM tanpa cuba melindungi mereka yang didapati terbabit kegiatan jenayah itu.

"Saya juga sudah mengarahkan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) melipat gandakan usaha untuk membanteras semua bentuk jenayah yang dilakukan oleh pegawai dan anggota," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian Online

Image may contain: 1 person, text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS