Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MINI MUZIUM SARAT SEJARAH, JADIKAN BALAI POLIS BUKIT KEPONG MODEL

Banyak tempat menarik ada di negara ini dan sesetengahnya jarang dikunjungi kerana mereka tidak berkongsi cerita, gambar atau video selain kurang promosi terutama tempat yang sarat dengan cerita sejarah seperti muzium.

Untuk mencari kelainan, anda boleh mengunjungi Muzium Mini Sekolah Kebangsaan (SK) Slim Village, Slim River, Perak.

Di sini terdapat model peristiwa Balai Polis Bukit Kepong yang diserang komunis ketika zaman darurat sebelum kemerdekaan yang menjadi tarikan utama ketika mengunjungi muzium mini berkenaan.

Walaupun model terbabit dihasilkan dengan menggunakan bahan terbuang, namun ia mampu memberi ilmu pengetahuan kepada pengunjung terutama pelajar.

Pembinaan model peristiwa di Balai Polis Bukit Kepong dengan paparan kain rentang di belakang berjaya mengimbau kembaii kekejaman pihak komunis yang menyerang balai polis sehingga mengorbankan ramai anggota polis di balai terbabit.

Idea menghasilkan model peristiwa terbabit dicetuskan Penyelaras Muzium Mini SK Slim Village, Nurul Badrin Abd Latib, yang juga seorang guru, ternyata menginsafi betapa tinggi nilai pengorbanan anggota polis dalam mempertahankan negara untuk tatapan generasi pewaris kemerdekaan negara.

Katanya, untuk menghasilkan model itu nampak mudah, namun ia memerlukan penghayatan mengenai kejadian atau tragedi yang berlaku pada 23 Februari 1950 yang mengorbankan ramai anggota polis dan keluarga.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian Online

Image may contain: 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS