Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: PENGANGGUR DITUDUH KERANA GUNA GELARAN TAN SRI, DATUK YANG TIDAK DIIKTIRAF


Kuala Lumpur, 13 Oktober 2020 - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menggunakan gelaran tidak diiktiraf.

Tertuduh, Mujeebudeen Abdul Samad, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Twitter dengan menggunakan laman profil Twitter Tan Sri Datuk Dr Hj Mujeebudeen di pautan https://twitter.com/TSDMujeebudeen dan melalui aplikasi laman profil Facebook Tan Sri Dato Mujeebudeen di pautan https://www.facebook.com/UMNO.

Dia didakwa melakukan perbuatan pada 7 Jun lalu di Pejabat Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 3(2) Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 (Akta 787) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3(3) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.hmetro.com.my/…/tak-mengaku-guna-gelaran-tan-sr…

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS