Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HINA KEMATIAN ANGGOTA TLDM: POLIS SIASAT AKAUN TWITTER RAJA FARAH SOFEA


Johor Bahru, 13 Oktober 2020 - Polis menyiasat pemilik akaun Twitter Raja Farah Sofea susulan kenyataan dibuatnya berhubung kemalangan yang meragut nyawa anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kenyataan individu yang menggunakan nama Raja Farah Sofea di Twitter itu.

"Laporan polis sudah dibuat. Kami (polis) sudah memulakan siasatan. Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU)," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Mohd Rizal Buseri, 31, yang juga anggota TLDM meninggal dunia selepas Honda Accord dipandu dirempuh Perodua Myvi dipandu seorang wanita.

Kemalangan terbabit tular di media sosial selepas kereta berkenaan hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh dua kereta lain hingga terbalik.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Image may contain: text that says 'anggota tentera maut dibuatnya lokal Siasat akaun Twitter Raja Farah Sofea Johor Bahru: menyia- Dalam kejadian jam pagi Sementara berhubung pemilik Twitter Mohd Perodua Polis nyawa Malaysia Laporan polis sudah dibuat Kami polis) meninggal inggi TLDM selepas lipandu Perodua Johor, johor (JBS) menerus siasatan Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Utara (JBU)' Sebelum Drebar positif dadah lain Farah Ayob Khan Pitchay siasatan. Lapo- dibuat ibuPeabat buat. polis sudah Kami (polis) sudah Twitter membuat menimbul JBU).' katanya ketika dihubungi.s semalam. cukai ja- disiasat mengikut berkaitan kemalangan Akta Dadah Berba- haya 1952. LAPORAN Hárian Metro, semalam'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS