Keratan Akhbar

#PKPB #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: LANGKAH ATAS NASIHAT KKM


Kuala Lumpur, 13 Oktober 2020 - Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah.

PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan dilaksanakan pada 12.01 tengah malam ini hingga 27 Oktober ini.

Manakala, PKPB di semua daerah di Sabah pula dilaksanakan pada 12.01 tengah malam tadi sehingga 26 Oktober ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.

"Antara aktiviti yang dilarang adalah seperti pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

"Selain itu, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

"Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup selain semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan," katanya dalam pada sidang media, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people and outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS