Keratan Akhbar

#PKPB #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: POLIS SEKAT 96 LALUAN KELUAR-MASUK SELANGOR, KL, PUTRAJAYA

Petaling Jaya, 14 Oktober 2020 - Sebanyak 96 sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di semua laluan sempadan keluar daerah dan negeri membabitkan Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya bermula hari ini hingga 27 Oktober.

Di Selangor, sebanyak 64 SJR diadakan manakala 28 di Kuala Lumpur dan 4 di Putrajaya.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Noor Azam Jamaludin berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan tiada sebarang pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran selaras perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Katanya, lokasi SJR membabitkan laluan sempadan keluar Selangor ke Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

“Bagi mengukuhkan operasi pemantauan, Polis Selangor menggerakkan seluruh kekuatan yang dibantu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM),” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Tuan Mohd Fadzil Ali berkata, 4 SJR diadakan di Lebuh Sentosa menghala keluar ke Lebuhraya Maju (Mex Expressway), Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil, Persiaran Utara Pintu Dua A menghala ke Kajang dan Persiaran Utara Pintu Tiga menghala ke Puchong.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.freemalaysiatoday.com/…/polis-sekat-96-laluan-k…

Sumber: Free Malaysia Today

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS