Keratan Akhbar

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG [ARTIKEL PILIHAN] OP BENTENG: KAWAT DURI 'LUMPUHKAN' KEGIATAN PENYELUDUPAN DI SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND

Pasir Mas, 14 Oktober 2020 - Pemasangan kawat duri atau "Concertina Wire" di 13 lokasi ‘panas’ dari Rantau Panjang, dekat sini, hingga Pengkalan Kubor, Tumpat, sejak 13 Julai lepas berjaya melumpuhkan kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand.

Tinjauan dilakukan Batalion ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini mendapati hampir kesemua lokasi yang dipasang dengan kawat duri seolah-olah ‘mati’ dan tiada sebarang pergerakan dikesan.

Pegawai pemerintahnya, Superintendan Azhari Nusi berkata inisiatif pemasangan kawat duri itu menunjukkan kejayaan dalam membendung kegiatan barangan kontraban dan kemasukan pendatang tanpa izin, malah, kawat duri yang setiap satunya sepanjang 500 meter itu masih dalam keadaan elok dan tidak dirosakkan.

"Hasil kajian menunjukkan pemasangan kawat duri mendapat maklum balas baik daripada masyarakat setempat kerana statistik kemasukan pendatang haram menurun. Selain itu, pangkalan haram yang sebelum ini aktif menjadi sepi tanpa sebarang pergerakan," jelas beliau.

Dalam pada itu, Superintendan Azhari berkata pihaknya turut memantau laluan tikus serta kewujudan pangkalan haram baharu yang sentiasa berubah bagi mengaburi pihak berkuasa tentang kegiatan penyeludupan dilakukan oleh individu tertentu.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1889787

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS