Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: MARKAS SINDIKET DIDALANGI WARGA CHINA DISERBU, RM2.5 JUTA DIRAMPAS

Kuala Lumpur, 18 Oktober 2020 - Polis membongkar kegiatan sindiket dipercayai terbabit dengan aktiviti mempromosikan pelacuran, penipuan serta urus niaga mata wang krypto bagi pasaran di China yang membawa kepada penemuan wang tunai kira-kira RM2.5 juta.

Wang tunai berkenaan ditemui di dalam tiga beg pakaian oleh sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Desa Bukit Tiara, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed berkata, serbuan di rumah berkenaan dilakukan susulan serbuan di sebuah kondominium di Kajang, Selangor, 2 petang, semalam.

Katanya, dalam serbuan itu, polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita warga China berusia antara 21 hingga 28 tahun.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/…/markas-sindiket-didalangi-warga…

Sumber: @Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS