Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: DATUK DITAHAN KES MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI BUKIT AMAN

Kuala Lumpur, 19 Oktober 2020 - Tembelang seorang lelaki bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes ceti haram dengan menyamar sebagai polis bagi tujuan mengutip hutang daripada peminjam akhirnya terbongkar selepas dia diberkas di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, ACP Tuan Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras pada pukul 12.45 tengah hari.

Katanya, suspek ditahan sebaik selesai menerima rawatan sakit tulang belakang di hospital berkenaan.

"Dia merupakan suspek utama dalam kes menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman untuk memperdayakan mangsa pinjaman wang tidak berlesen membayar wang berjumlah RM60,000.

"Tangkapan ke atas suspek dibuat selepas kita menahan rakannya yang turut terlibat dalam kegiatan ah long pada Isnin lalu," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.

Sumber: Kosmo

Image may contain: text that says 'KUALA LUMPUR Tembelang bergelar yang kes tengah hari. suspek ditahan se- diberkas belaangdi hospital Datuk ditahan kes menyamar sebagai pegawai Bukit Aman Menurutnya lagi, hasil sia- lanjut endapati suspek mempunyai empat haram kutip peminian merupakan suspek menyamar Bukit 'Selain berkata. Taktik yang digunakan se- orang haram berusia ta- Komisioner Muhammad suspek Hospital Tuanku Muhriz, Cheras pada pukul 12.45 wang RM60,000. terdapat satu berjumlah peminjamnya selepas menahan KERATAN Kosmo!1 Oktober 2020. suspek selepas kita nenahanra turut terlibat sebuah mangsa syarikat katanya ditemui Kosmo! Ahad semalam. diberkas selepas bertindak kononnya sebagai tawaran tuk menyelesaikanke katakan gagal mangsa sebulan Kawalan pada lalu.'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS