Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: HIZBUT TAHRIR JOHOR AKAN DIGEMPUR

Johor Bahru, 19 Oktober 2020 - Polis Johor akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menggempur markas gerakan Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) di negeri ini dalam masa terdekat.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya telah mengenal pasti seramai 45 individu daripada 80 pengikut yang masih bergiat aktif dalam gerakan itu.

Katanya, antara yang telah dikenal pasti termasuklah ketua HTM Johor.

"Saya akan berkolaborasi dengan JAINJ untuk mengempur markas berkenaan walaupun ia bukan dalam bidang kuasa polis, namun saya akan pastikan Jabatan Agama mengambil tindakan tegas.

"Sehubungan itu, kita akan gempur pusat gerakan ini di Skudai, saya akan bantu JAINJ, tunggu dan lihat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.

Sumber: Kosmo

Image may contain: 1 person, text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS