Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: 21.8 KG DADAH BERNILAI RM1.29 JUTA DIRAMPAS

Johor Bahru, 20 Oktober 2020 - Polis Johor berjaya merampas 21.8 kilogram (kg) dadah jenis Syabu dan 14,000 biji pil Ekstasi yang dianggarkan bernilai RM1.29 juta menerusi dua operasi susulan selama dua hari berturut-turut di Muar.

Operasi berkenaan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Muar pada Jumaat dan Sabtu lalu.

"Operasi itu diadakan berikutan hasil soal siasat terhadap enam suspek berusia antara 20 dan 32 tahun yang ditahan di Muar pada Selasa dan Rabu lalu. Tiada tangkapan dibuat, pihak polis menemukan dadah sahaja," kata Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS