Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: 'GENG RUSA BOY' TUMPAS


Kuala Lumpur, 22 Oktober 2020 - Polis menumpaskan kumpulan jenayah terancang 'Geng Rusa Boy' yang aktif memproses dan mengedar dadah serta mendalangi pelbagai kes jenayah kekerasan dan pembunuhan di Sungai Petani, Kedah.

la susulan penahanan seramai 26 ahli kumpulan itu, termasuk ketuanya dikenali sebagai Rusa Boy berusia 39 tahun, bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato' Huzir Mohamed, berkata siasatan mendapati selain memproses dan mengedar dadah, kumpulan yang aktif sejak 2014 dan mempunyai lebih 40 ahli itu turut terbabit dalam jenayah kekerasan antaranya pergaduhan, menyebabkan kecederaan, senjata api, pemerasan, ugutan jenayah serta pembunuhan.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan berkenaan adalah dengan mendapatkan bekalan dadah jenis Heroin dari Thailand, sebelum dibawa ke makmal pemprosesan dadah di Pulau Pinang.

"Dadah yang siap diproses kemudian dihantar ke sebuah stor dan suspek yang berperanan sebagai tokan dan ‘runner’ akan mengedarkannya untuk pasaran tempatan di negeri di utara tanah air.

"Siasatan juga mendapati, lima lagi ahli geng terbabit sudah ditahan selepas polis merampas satu tong plastik berisi dadah jenis Heroin seberat 12.52 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM 112,000, September lalu.

"Secara keseluruhan, seramai 31 ahli kumpulan berusia antara 20 hingga 39 tahun sudah ditahan dan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan.

"Semua mereka akan didakwa di Sungai Petani, esok (hari ini)," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bukit Aman di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian Online

Image may contain: 6 people, text that says 'Geng Rusa Boy' tumpas Ketua kumpulan antara 26 ahli ditahan bulan lalu ORANG DIKEHENDAKI ORANG ORANG KEHENDAKI Lumpur: ORANG DIKEHENDAKI menum- yang ORANG DIKEHENDAKI KPT810823-484763 embunu- ORANG DIKEHENDAKI tahun. bulan ORANG DIKEHENDAKI Siasatan dadah, kumpulan beberapa suspek bagai berperanan dikehendaki polis. untuk negeri ugutan jenayah dikenakan tindakan Seksyen (Foto BERNAMA) juga mereka akan didakwa ke- giatan Malah pada 2016 katanya kepada media Bukit pada dadah siap lelaki kerana Pinang. dikuasai Jabatar (JSJN) kumpulan berusia polis kumpulan sudah pernah penahanar semua suspek terba- seorang sedang giat mem- suspek yang ma-'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS