Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ORANG KANAN PABLO ESCOBAR LANGKAWI KENA CEKUP

#WarAgainstDrugs

Kuala Lumpur, 24 Oktober 2020 - Salah seorang orang kanan Mohd Nahar Suhaimi, 39, atau Pablo Escobar Langkawi yang menyembunyikan diri sebaik pendedahan akhbar ini berkaitan kegiatan 'bos' mereka sudah ditahan polis, kelmarin.

Suspek dipercayai ditahan itu adalah Nordin Ahmad, 40, atau Din Napoh dengan alamat terakhir di No 20, Kampung Baru Ulu Melaka, Mukim Ulu Melaka, Langkawi.

Dia difahamkan bersembunyi di rumah rakannya beberapa bulan selepas pendedahan akhbar ini bagi mengelak ditahan sebelum polis yang mengesannya menahan lelaki itu di pekan Kuah, Langkawi petang kelmarin.

Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Hasanuddin Hassan berkata, hasil maklumat orang awam dan risikan polis kemudian mengesan salah seorang suspek yang diburu dan menahannya kelmarin di sekitar Pekan Kuah, Langkawi.

Menurutnya, sementara dua lagi suspek masih diburu bagi membantu siasatan membabitkan kes pembunuhan.

"Buat masa ini kami tidak boleh mendedahkan identiti suspek yang ditahan, tetapi cukup untuk maklumkan polis sudah menahan salah seorang daripada mereka.

"Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah dan dia akan direman bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di sini, semalam.

Dato’ Hasanuddin berkata, suspek dipercayai bersembunyi di rumah rakannya sejak beberapa bulan lalu bagi mengelak ditahan polis.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro berikut.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 4 people, text that says 'Skuad Khas am@hmetro.com.my ORANG KANAN KENA CEKUP Seorang anggota geng Pablo Escobar Langkawi sorok di rumah rakan ditahan alah buru bagi membantu pem- SCOBAR KONSPIRASI ATAU TRAGEDI aabn p2bpie kenaan sebagai ditahan polis, bunuh. penviasat dengan alah dengan dicari kegiatan Melaka apenjuakan dodaha Pulou didalang crtakanco konconya mereka Metr Pang- Tepa Sep- suspek mengklasifikasikan ber- GENGKAM forensik dise-'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS