Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SARJAN (BERSARA) MAHAT RAMAN KONGSI PENGALAMAN BERTEMPUR DENGAN KOMUNIS

Sarjan (Bersara) Mahat Raman, 70, yang mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Ogos 1969, berkongsi pengalamannya bertempur dengan pihak komunis di sebuah perkampungan di Selatan Thailand pada tahun 1970.

Mengimbau kembali pertempuran di Kampung Payomas Lobak Lusak itu, Sarjan (Bersara) Mahat berkata, pasukannya telah mendapat arahan untuk terlibat dalam Op Chayo iaitu menyiasat kes pembunuhan ketua kampung di kawasan berkenaan.

“Ia merupakan operasi pertama saya dalam Pasukan Polis Hutan bersama beberapa polis Thailand dan seorang penunjuk jalan (bekas komunis).

“Kami meredah hutan, masa perjalanan dari “base” ke kampung itu pula adalah setengah jam,” katanya.

Menurutnya dia tiba-tiba terdengar bunyi siulan ketika pasukannya sedang mendaki bukit berhampiran kampung itu.

“Salah seorang anggota yang dikenali sebagai Koperal Poncho segera memberi isyarat kepada anggota pasukan supaya berjaga-jaga kerana bunyi siulan itu adalah daripada musuh.

Pasukannya kemudian telah dihujani peluru tembakan pengganas komunis.

“Saya ternampak penunjuk jalan terkena tembakan di kakinya, saya pula cari “cover” untuk mengelak daripada terkena tembakan musuh,” katanya.

Beliau berkata, keadaan kemudian kembali sunyi, namun tiba-tiba terdengar jeritan salah seorang musuh yang mengarahkan anggota polis Malaysia berundur dan meninggalkan anggota polis Thailand.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian berikut.

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: 7 people, text that says 'Mahat kongsi galaman tidak dapat dilupakan bersama pemimpin kanan PKM Rashid Maidin bawa bom ke hospital tidak menyang- rakan ersatuan Kebajikan BIODATA Anggota Skuad Diraja Malaysia PDRM). Oktober fuah Sam Marfuah UMUR:66tahun AK:Duag CUCU:Tigaorang Mahat berkata, Rashid Maidin pernah pemimpin PKM sehingga Rashid memperkenalkan dirinya. setengah'
Image may contain: 2 people, text that says 'membuat clearance. dihantar TRIVIA meninggalkan Ponchoke 'katanya. lan- sekali ln Siasatan polise sehingga rebah, menculik mendapati menculik Saya terkejut ternampak sepucuk pistol terjatuh apabila suspek daripada kereta segera berjaya memberkas lelaki Mahat(kiri) ketika menerima rawatan hospltal. tahun.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS