Keratan Akhbar

[ARTIKEL PILIHAN] HINA AGONG: POLIS SIASAT INDIVIDU DI BAWAH AKTA HASUTAN, SKMM

Kuala Lumpur, 26 Oktober 2020 – Polis telah memulakan siasatan terhadap sebuah akaun media sosial Facebook yang telah memuat naik komen berbaur menghina dan mempersenda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Tuan Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis telahpun membuka kertas sisatan terhadap akaun Facebook itu untuk menyiasat individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bacaan lanjut seperti dalam pautan berikut, https://malaysiagazette.com/…/polis-siasat-individu-hina-y…/

Sumber: Malaysia Gazette

Image may contain: text that says '25m Rakan Our head of state can't do anything during the epidemic. He only knows how to use the people's tax. Besides observing how to appoint the prime minister between the two parties to make profits for himself, he also tries his best to obtain financial benefits. The king of Malay is a like Allah,a a dictator. Go eat a'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS