Siaran Media

Kenyataan Media : Kenyataan Media Ketua Trafik Pasukan





KENYATAAN MEDIA KETUA TRAFIK PASUKAN
SEMPENA OPS SIKAP XVIII
PERAYAAN DEEPAVALI 2008

CUTI SEMPENA DENGAN SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI 2008 AKAN BERMULA MULAI DARI 24/10/2008 SEHINGGA 29/10/2008 DAN LAZIMNYA RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM AKAN MENGAMBIL KESEMPATAN BERCUTI UNTUK BALIK KE KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING.

 

KEBIASAANYA JUMLAH PERGERAKAN KENDERAAN DI SEMUA LEBUHRAYA DAN JUGA ‘EXPRESSWAY’ SERTA DI JALAN-JALAN PERSEKUTUAN, NEGERI DAN JUGA BANDARAN AKAN MENINGKAT JUMLAHNYA MULAI PETANG MENJELANG HARI PERAYAAN. OLEH ITU, PIHAK PDRM KHUSUSNYA CAWANGAN TRAFIK AKAN MELAKSANAKAN ‘OPS SIKAP KE XVIII’ MULAI 24/10/2008 SEHINGGA 29/10/2008.

 

PIHAK CAWANGAN TRAFIK PDRM AKAN MENERUSKAN STRATEGI PENDEKATAN YANG SAMA IAITU ‘PENGUATKUASAAN SECARA KREATIF’ MELALUI 5 PENDEKATAN :-

 

- ADVOKASI IAITU TINDAKAN SAMAN & NASIHAT, CONTOHNYA; SMS PENGGUNAAN TALI PINGGANG KESELAMATAN BELAKANG BAGI KERETA DAN JUGA PENGGUNAAN TOPI KELEDAR & TALINYA UNTUK PENUNGGANG MOTOSIKAL;

 

- NASIHAT MASA PERJALANAN IAITU MELALUI MAKLUMAT TRAFIK MENGENAI WAKTU PUNCAK & WAKTU SELESA MEMULAKAN PEJALANAN;

 

- KONSEP SEKTOR IAITU MEMPERTINGKATKAN PERSEPSI AKAN DI TANGKAP ( POBC – PERCEPTION OF BEING COUGHT) DI SEMUA SEKTOR OPS SIKAP YANG TELAH DITETAPKAN;

 

- MAKLUMAT RISIKAN IAITU MEMBERIKAN TUMPUAN KEPADA KAWASAN KERAP BERLAKUNYA KEMALANGAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA MENGURANGKAN UNTUK MENGURANGKAN INSIDEN KEMALANGAN; DAN

 

- PAPAN TANDA IAITU MENETUKAN PIHAK LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (LLM) – PLUS MEMPAMIRKAN PAPAN TANDA YANG JELAS SEPERTI CONTOH – ‘ZON PERANGKAP HAD LAJU’

 

PIHAK TRAFIK JUGA AKAN TERUS MENINGKATKAN RONDAAN/KEHADIRAN POLIS DI SEMUA SEKTOR OPS SIKAP SERTA MELAKSANAKAN STRATEGI DAN PENGUATKUASAAN SEPANJANG OPS SIKAP SECARA BERTERUSAN MELALUI TINDAKAN SECARA ‘PENYAMARAN’ ATAU ‘TERBUKA’.

 

OPERASI BERSEPADU BERSAMA-SAMA DENGAN AGENSI PENGUATKUASAAN LAIN SEPERTI JPJ, LPKP DAN CAWANGAN NARKOTIK AKAN TERUS DILAKSANAKAN SECARA RAMBANG TERHADAP PEMANDU- PEMANDU BAS EKPRESS DAN JUGA PENUNGGANG MOTOSIKAL.

 

OPS SIKAP KE XVIII INI JUGA AKAN TERUS MEMASTIKAN ALIRAN TRAFIK BERJALAN LANCAR DAN SELAMAT SERTA MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN MAUT DI MUSIM PERAYAAN MELALUI PERLAKSANAAN PENGUATKUASAAN UNDANG- UNDANG SECARA TERANCANG.

 


PENEKANAN PENGUATKUASAAN ‘POBC’ – PERSEPSI AKAN DITANGKAP TERHADAP KENDERAAN MOTOSIKAL/ KERETA DAN JUGA PEJALAN KAKI TERHADAP KESALAHAN- KESALAHAN BERIKUT :-

 

- KEMALANGAN JALAN RAYA.

- MEMANDU MELEBIHI HAD LAJU YANG DITETAPKAN.

- TIDAK MEMATUHI ISYARAT LAMPU MERAH.

- MEMOTONG DIGARISAN BERKEMBAR.

- MEMOTONG ‘QUEUE’.

- MENGGUNAKAN LORONG KECEMASAN.

 

NASIHAT KEPADA PENGGUNA-PENGGUNA JALANRAYA AGAR MENGAMBIL TINDAKAN SEPERTI BERIKUT :-

 

- MEMASTIKAN PERANCANGAN MASA PERJALANAN DIBUAT SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN.

- MEMASTIKAN KENDERAAN DI DALAM KEADAAN BAIK, TERUTAMANYA KEADAAN ANGIN DI DALAM TAYAR, MENGGUNAKAN TAYAR YANG BAIK, PEMERIKSAAN BREK DAN LAMPU ISYARAT KENDERAAN.

- MENENTUKAN MENDAPAT REHAT SECUKUPNYA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN.

- BERHENTI REHAT DI TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN IAITU DI SEMUA R&R SEPANJANG LEBUHRAYA ATAU STESEN MINYAK YANG MEMBERIKAN PERKHIDMATAN SAMA; DAN

- JANGAN MEMANDU MELEBIHI HAD LAJU YANG DITETAPKAN.

 

 

‘PANDU BERHEMAT SEMUA SELAMAT’

 

 

 

 

( ABD AZIZ BIN YUSUF ) SAC II
KETUA TRAFIK PASUKAN
POLIS DIRAJA MALAYSIA

Jumlah Bacaan : 26
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS