Siaran Media

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA STATUS SIASATAN SEMULA KE ATAS KEMATIAN MENDIANG TEOH BENG HOCK

Susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 5 September 2014 berhubung kes mendiang Teoh Beng Hock, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka semula siasatan serta-merta di mana satu pasukan khas telah ditubuhkan atas arahan Jabatan Peguam Negara.

Untuk makluman, siasatan yang menyeluruh masih dijalankan. Justeru, tidak timbul isu pihak berkuasa, khususnya pihak PDRM dalam kes ini, tidak mengambil sebarang tindakan atau ingkar arahan Mahkamah Rayuan.

Bagi memastikan keadilan kepada semua pihak, termasuk keluarga Teoh Beng Hock, PDRM memerlukan masa untuk menjalankan siasatan dari pelbagai sudut. PDRM dari semasa ke semasa memaklumkan kepada Pendakwa Raya berhubung status hasil siasatan yang sedang dijalankan.

Justeru, diharap semua pihak memberi kerjasama bagi membolehkan pihak PDRM menjalankan siasatan dengan baik dan tidak mempolitikkan isu ini. Diingatkan juga agar tidak dikeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat dan menjejaskan reputasi agensi penguat kuasa.

(TAN SRI DATO' SRI KHALID BIN ABU BAKAR) IG
KETUA POLIS NEGARA
POLIS DIRAJA MALAYSIA


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS