Siaran Media

PENAFIAN BERKAITAN ANGGOTA POLIS MELAKUKAN JENAYAH

Berikut adalah penafian yang dikeluarkan oleh Polis Daerah Ipoh berkenaan hebahan berita palsu dalam media sosial yang kononnya ada sekumpulan lelaki yang melakukan jenayah dengan menggunakan kenderaan MPV polis.

Adalah diharapkan dengan penafian ini dapat meredakan kegelisahan orang ramai berhubung penyebaran berita palsu tersebut.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih dan mempercayai berita-berita yang tiada bukti yang jelas sehingga boleh mengganggu ketenteraman awam.

Sumber: Polisperak

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS