Siaran Media

KENYATAAN MEDIA: TANGKAPAN KE ATAS WARGANEGARA ASING YANG DISYAKI TERLIBAT DALAM KUMPULAN PENGGANAS LIBERATION TIGERS OF TAMIL EELAM (LTTE)

 

Pada 7 Ogos 2015, bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan operasi khas di sekitar Kuala Lumpur yang membawa kepada penangkapan seorang lelaki warganegara Sri Lanka. Saspek merupakan anggota kanan kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE). Saspek yang berusia 37 tahun, memasuki Malaysia pada Disember 2012 dengan menggunakan pas lawatan (sosial).

2. Siasatan awal mendapati saspek telah menjadikan Malaysia sebagai tempat persembunyian dan terlibat dalam aktiviti memeras ugut warganegara Sri Lanka di Malaysia untuk mendapatkan dana bagi menghidupkan kembali perjuangan pengganas ltte di Sri Lanka. Hasil soal siasat, saspek juga mengaku pernah terlibat dalam sindiket pemalsuan kad kredit di Malaysia yang didalangi oleh beberapa warganegara asing.

3. Saspek ditangkap di bawah Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana menetap di Malaysia melebihi tempoh pas lawatan yang dibenarkan. Saspek telah diusir ke negara asal pada 14 ogos 2015 untuk tindakan susulan pihak berkuasa Sri Lanka.

(TAN SRI DATO’ SRI KHALID BIN ABU BAKAR) IG
KETUA POLIS NEGARA
POLIS DIRAJA MALAYSIA
 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS