Siaran Media

KENYATAAN MEDIA: KEJAYAAN PDRM MELUMPUHKAN SATU RANGKAIAN SINDIKET PENYELUDUPAN MIGRAN BANGLADESH


ANTARA 13 OGOS 2015 DAN 13 OKTOBER 2015, POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) TELAH MELANCARKAN OPERASI MENGESAN DAN BERJAYA MELUMPUHKAN SATU RANGKAIAN PENYELUDUPAN MIGRAN BANGLADESH YANG MELIBATKAN LALUAN LAUT DARI DUMAI, INDONESIA.LOKASI TANGKAPAN ADALAH DI SEKITAR NEGERI SEMBILAN DAN SELANGOR.

SERAMAI 64 ORANG TELAH DITANGKAP, YANG TERDIRI DARIPADA 13 ORANG PENYELUDUP TEMPATAN, 4 ORANG WARGA BANGLADESH, SEORANG WARGA INDONESIA DAN 46 ORANG MIGRAN BANGLADESH. TURUT DI RAMPAS 4 BUAH KENDERAAN, WANG TUNAI BERJUMLAH RM 23,100.00, 46 PASPORT BANGLADESH, 55 BUAH TELEFON BIMBIT, RANTAI BESI, SEBATANG ROTAN DAN BEBERAPA BUKU CATATAN.

PECAHAN TANGKAPAN MENGIKUT PERANAN ADALAH:-
a. AGEN - 2 ORANG
b. TEKONG DARAT - 6 ORANG
c. TRANSPORTER - 3 ORANG
d. PENJAGA RUMAH - 3 ORANG
e. RUNNER - 4 ORANG
f. MIGRAN - 46 ORANG
KESEMUA TANGKAPAN DIBUAT DI BAWAH AKTA KESALAHAN KESELAMATAN ( LANGKAH-LANGKAH KHAS ) 2012 ( SOSMA 2012 ) DAN DISIASAT DI BAWAH AKTA ANTI PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN 2007 ( ATIP-SOM 2007 ).

46 ORANG MIGRAN DAN SEORANG PENJAGA RUMAH WARGA BANGLADESH TELAH DITUDUH DI MAHKAMAH MAJISTRET PETALING JAYA PADA 29 SEPTEMBER 2015 DI BAWAH SEKSYEN 6(1)(C) AKTA IMIGRESEN 1959/63 KERANA MEMASUKI MALAYSIA TANPA MEMILIKI PAS YANG SAH.
KESEMUA MEREKA MENGAKU SALAH DAN DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA 6 BULAN SEBELUM DIUSIR.
SELAIN ITU 8 ORANG (2 WARGA BANGLADESH DAN 6 RAKYAT MALAYSIA) TELAH DAN AKAN DITUDUH DI BAWAH ATIP-SOM 2007 DI ATAS PELBAGAI KESALAHAN.

LAPAN (8) ORANG TANGKAPAN LAIN (6 RAKYAT MALAYSIA, 1 WARGA INDONESIA, 1 WARGA BANGLADESH) TELAH DAN AKAN DIKENAKAN TAHANAN DI BAWAH SEK 3(1) AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (PINDAAN 2013) (POCA). SEORANG LAGI WARGANEGARA MALAYSIA TELAH DIBEBASKAN.

HASIL SIASATAN MENDEDAHKAN WUJUDNYA KOLABORASI ANTARA RANGKAIAN PENYELUDUPAN MANUSIA DI BANGLADESH DAN DI INDONESIA DENGAN RANGKAIAN DI MALAYSIA, KHUSUSNYA DI SELANGOR. DALAM TEMPOH 13 BULAN DARI OGOS 2014 HINGGA OGOS 2015, SEJUMLAH 1,752 ORANG MIGRAN BANGLADESH TELAH DISELUDUP MASUK KE MALAYSIA MELALUI RANGKAIAN INI. TRANSAKSI INI MELIBATKAN JUMLAH PEMBAYARAN DI ANTARA RM 20 JUTA HINGGA RM 30 JUTA.

DENGAN TANGKAPAN INI, PDRM TELAH BERJAYA MELUMPUHKAN SATU RANGKAIAN PENYELUDUPAN MANUSIA YANG BEROPERASI SEJAK AWAL 2014 YANG AHLINYA MEMPUNYAI RANTAIAN HUBUNGAN DENGAN RANGKAIAN DI BANGLADESH DAN INDONESIA.

USAHA KE ARAH MENGESAN DAN MEMBANTERAS RANGKAIAN PENYELUDUPAN MANUSIA AKAN TERUS DI PERTINGKATKAN OLEH PDRM DARI SEMASA KE SEMASA.

( TAN SRI DATO’ SRI KHALID BIN ABU BAKAR ) IG
KETUA POLIS NEGARA
POLIS DIRAJA MALAYSIA
 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS