Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar


Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar dilahirkan pada 5 September 1957 di Seremban, Negeri Sembilan. Tanggal 17 Mei 2013, beliau secara rasminya telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar sekali gus menjadi Ketua Polis Negara yang ke-10 dalam lipatan sejarah Polis Diraja Malaysia.

Umum mengetahui beliau merupakan seorang Pegawai Kanan Polis sentiasa murah dengan senyuman dan juga disenangi oleh segenap lapisan masyarakat atas sikap mesranya. 

Melihat daripada karakter beliau, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid sememangnya individu yang paling tepat dalam menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara, ditambah lagi dengan senario semasa, PDRM dan negara ini memerlukan seorang yang mempunyai kredibiliti yang mapan dalam meneruskan perjuangan serta amanah Ketua Polis Negara sebelumnya. 

Perjalanan karier beliau juga menunjukkan reputasi dan amat cemerlang. Pengalaman kerjaya beliau dalam bidang siasatan jenayah dan menjawat beberapa jawatan penting dalam PDRM membuktikan beliau optimis dan komited dalam melampiaskan amanah yang dipertanggungjawabkan. 

Bahkan ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, beliau juga turut berkongsi duka dengan Ketua Polis Negara melalui saat-saat getir keharmonian negara dicabuli oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Ketua yang terbaik adalah ketua yang sering berhadapan dengan ujian, tidak berundur, mampu bertahan dan menghadapi serta mengendalikannya dengan bijak dan bertanggungjawab.

Perlantikan ini sudah tentu memberikan nafas baharu dan transformasi positif kepada Polis Diraja Malaysia dalam mengekalkan visi dan misi pasukan sebagai Pasukan Polis Bertaraf Dunia! 

Kelulusan Pelajaran 

1. OSC/MCE/SPM Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan 

2. LLB (Hons) Universiti Islam Antarabangsa 


Suami/isteri

Nama isteri: Puan Sri Datin Sri Imran Bt Ibrahim Bil. 

Anak: 4


Rekod Perkhidmatan Pdrm 

1. Insp dalam latihan latihan pulapol kl 05/12/1976 

2. Asp Insp Pasukan Bertindak Cawangan Anti Dadah JSJ Bukit Aman 04/07/1977

3. Asp Adc T/Kpn Pentadbiran Jab Pengurusan 13/08/1985

4. Asp dipinjamkan Pentadbiran Bhg D KL, KDN 05/06/1989

5. Dsp Peserta Kursus Latihan Universiti Islam Antarabangsa 27/06/1991

6. Dsp Menunggu Penempatan Latihan Bukit Aman 29/04/1995 

7. Dsp TPP Perlucuthak Harta Cawangan Anti Dadah JSJ Bukit Aman 02/05/1995 

8. Dsp Timb KJSJ (Cad) Caw Anti Dadah Johor 16/11/1995 

9. Dsp Tim Kjn (Narkotik) JSJN Kuala Lumpur 02/01/1996 

10. Supt P.T. Operasi/Siasatan JSJN Kuala Lumpur 02/09/1996 

11. Supt Ketua Jabatan Narkotik JSJN Kedah 16/10/1997 

12. Supt Pt Risikan Dlm Negeri JSJN Jabatan Narkotik 17/04/2000 

13. Supt Ketua Jab Pengurusan Pentadbiran Pahang 02/01/2003 

14. ACP Ketua Polis Daerah Pentadbiran Kuantan 28/06/2003 

15. ACP Ket Pen Peng (Risikan/Operasi) JSJN Jabatan Narkotik 02/08/2004 

16. SAC Ii Ket Pen Peng (Risikan/Operasi) JSJN Jabatan Narkotik 02/08/2004 

17. SAC II Ket Pen Peng(Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman 24/05/2005 

18. SAC II Ketua Polis Negeri Pentadbiran N.Sembilan 16/12/2005 

19. SAC I Ketua Polis Negeri Pentadbiran N.Sembilan 16/12/2005 

20. SAC I Timb Pengarah JSJ I JSJ JSJ Bukit Aman 01/11/2006 

21. DCP Timb Pengarah JSJ I JSJ JSJ Bukit Aman 01/11/2006 

22. DCP Ketua Polis Negeri Pentadbiran Selangor 02/07/2007 

23. DCP Pengarah KDNKA Jab KDNKA 25/10/2010 

24. CP Pengarah KDNKA Jab KDN/KA 25/10/2010 

25. Timbalan Ketua Polis Negara 15/04/2011

 

Maklumat peribadi 

Tarikh lahir : 05/09/1957 

Tempat lahir : Seremban, Negeri Sembilan 

Tarikh mula berkhidmat dalam PDRM : 05/12/1976 


Tarikh pangkat 

15/04/2011 DIG 

25/10/2010 CP 

01/11/2006 DCP 

16/12/2005 SAC I 

02/08/2004 SAC II 

02/01/2003 ACP 

01/01/1996 SUPT 

01/05/1989 DSP 

01/12/1986 ASP 

05/12/1976 INSP

 


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS