Tan Sri Dato' Seri Mohamad Fuzi Harun 


Tan Sri Dato' Seri Mohamad Fuzi Harun dilahirkan pada 4 Mei 1959 di Parit, Perak Darul Ridzuan. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-11 pada 4 September 2017 menggantikan Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib dalam Perkhidmatan Awam.

Berkelulusan Sarjana (Antropology dan Sosiology) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Muda dengan kepujian dalam Sastera dari Universiti Malaya (UM) serta mempunyai Advance Management and Leadership Programmes SAID Business School dari Oxford University, United Kingdom (UK).

Umum turut mengetahui beliau sebagai seorang Pegawai Kanan Polis yang sangat 'low profile' memandangkan beliau sebelum ini merupakan Pengarah Cawangan Khas (SB), Bukit Aman dan sememangnya pemilihan beliau untuk menggalas tugas sebagai orang nombor satu dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini adalah bertepatan demi menyambung perjuangan serta amanah Ketua Polis Negara yang terdahulu.

Secara ringkasnya, amanat terkini beliau kepada seluruh warga PDRM adalah untuk berpaksikan kepada konsep BERSETIA dengan kepimpinan, agama, bangsa dan negara, BERKHIDMAT dengan penuh suci hati dan tidak berbelah bagi, serta BERSAMA dan bersatu hati dalam mendepani apa jua dugaan yang mendatang.

Maklumat Peribadi:
Tarikh Lahir: 4 Mei 1959
Tempat Lahir: Parit, Perak
Tarikh Mula Masuk PDRM: 8 Januari 1984 sebagai Kadet ASP

Isteri/Anak:
Nama: Puan Sri Datin Sri Azizah Hamdi
Anak: 3 orang

Rekod Perkhidmatan
1. 1986-1991 - Cawangan Khas (Inteligen Sosial)
2. 1991-1994 - Sambung Belajar
3. 1994-1998 - Cawangan Khas Bahagian Urus Setia
4. 1998-2005 - Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah
5. 2005-2007 - Cawangan Khas (Inteligen Politik)
6. 2007-2009 - Timbalan Pengarah II Cawangan Khas, Bukit Aman
7. 2009-2014 - Pengarah Pasukan Petugas Khas (Counter Terrorism), Bukit Aman
8. 2014-2015 - Pengarah Pengurusan, Bukit Aman
9. 2015-2017 - Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman
10. 2017- Kini - Ketua Polis Negara ke-11



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS