Menu

TUKANG RUMAH RAGUT WANITA IRAN DIPENJARA 4 TAHUN


Ampang: Padah meragut dan rnencederakan seorang wanita warga Iran, minggu lalu, seorang tukang rumah dijatuhi hukuman penjara empat tahun dengan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam. 

Hakim Unaizah Mohd, menjatuhkan hukuman itu terhadap Saifuddin Sagiman, 26, selepas dia mengaku bersalah dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkapan pada Rabu lalu. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak harta milik Farouzan Salami, 47, iaitu sebuah beg tangan yang mengandungi telefon bimbit, cermin mata, serangkai kunci dan alat solek sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa di Jalan Memanda 1, di sini, pada jam 8.30 malam, 24 Disember lalu. 

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, selain denda atau sebat. 

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS