Menu

PELAJAR ANTARA 17 INDIVIDU SERTAI PESTA LIAR

Keasyikan 17 individu termasuk enam wanita menyertai pesta liar di sebuah unit kondominium mewah dekat Jalan Binjai di sini, terencat apabila lokasi itu diserbu polis, Isnin lalu. 

Ketika ditahan, semua suspek berusia di antara 16 hingga 34 tahun itu termasuk dua pelajar, didapati berada dalam keadaan khayal, dipercayai di bawah pengaruh dadah. 

Hasil pemeriksaan ketika serbuan, polis turut menemui enam biji pil eramin 5 dan satu paket ganja dalam dua bilik unit kondominiumi itu.

Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1959. 

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS