Menu

12 NELAYAN WARGA ASING DITAHAN DI PERAIRAN NEGARA

Batu Maung, 26 Julai – Dua buah bot pancing Indonesia berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 di sekitar Pulau Kendi, kelmarin.

Menurut Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah berkata rondaan dilakukan sepasukan polis di kawasan berkenaan berjaya menahan dua buah bot terbabit dan hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat 12 nelayan warga negara asing sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan.

“Pihak kami mendapati kedua-dua buah bot ini telah melakukan kesalahan iaitu menangkap ikan di perairan Negara,” katanya.

Kesemua nelayan terbabit beserta bot ditahan dan diserahkan kepada pihak Perikanan Batu Maung untuk disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS