Menu

PUSPANITA ASAH KEMAHIRAN MENEMBAK BERSAMA PDRM

Cheras, 16 Mac 2017 – Sebagai pendedahan mendalami kemahiran pengendalian senjata api, Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kebangsaan, Biro Sosial, Biro Luar Negara Dan Tabung Latihan PUSPANITA telah manganjurkan Program Asas Menembak Dan Keselamatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), di Lapang Sasar Markas Briged Tengah, dekat sini, pagi tadi.

Sebagai rekod, PERKEP Malaysia dan PUSPANITA telah banyak bergabung dan bekerjasama sejak dari tahun 2014 lagi. Contohnya kerjasama dalam sambutan Hari Kebangsaan yang jelas membuktikan bahawa kedua-dua organisasi ini sangat aktif menjalankan pelbagai aktiviti bagi tujuan mengeratkan silaturahim sesama ahli.

Acara pagi tadi dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan keselamatan dan pengendalian senjatapi automatik jenis Sig Sauer P99 yang telah disampaikan oleh beberapa pegawai dan anggota bertugas diikuti dengan acara kemuncak iaitu pertandingan menembak sebagai acara riadah sesama ahli organisasi.

Turut hadir ialah Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Sri Imran Ibrahim, Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan, Puan Sri Datuk Rohani Abdullah dan Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato’ Khalil Kader Mohd, Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, SAC Datin Sharifah Aini Syed Bab, ahli-ahli Majlis Tertinggi PUSPANITA, Pengerusi-pengerusi PERKEP Jabatan PDRM, ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi PUSPANITA, ahli-ahli PUSPANITA, ahli-ahli PERKEP, pegawai-pegawai kanan serta warga PDRM.


_MG_4169
PUSPANITA bergambar kenangan bersama PERKEP dan PDRM..

_MG_4066
Bergambar kenangan bersama Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Sri Imran Ibrahim dan Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato’ Khalil Kader Mohd..

_MG_3682
Taklimat penugasan diberikan oleh pegawai persenjataan..

IMG_3918
Sekitar acara menembak berlangsung...

_MG_3942
Sekitar acara menembak berlangsung...

IMG_3867
Sekitar acara menembak berlangsung..

IMG_3905
Sekitar acara menembak berlangsung...

IMG_3885
Sekitar acara menembak...

_MG_4018
Sesi bacaan ikrar yang diketuai oleh anggota persenjataan...

_MG_4098
Ucapan daripada Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Sri Imran Ibrahim..

_MG_4142
Sesi penyampaian hadiah kepada johan berkumpulan..

_MG_4144
Simbolik sumbangan kebajikan PUSPANITA kepada PERKEP Malaysia untuk 66 orang anak Orang Kurang Upaya (OKU) peringkat Bukit Aman..

_MG_4157
Sesi penyampaian cenderahati..

_MG_4155
Sesi penyampaian cabutan bertuah..




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS