Menu

DUA PENJAGA RUMAH ANAK YATIM DITAHAN


Polis menahan dua penjaga rumah anak yatim, kelmarin selepas disyaki membelasah empat kanak-kanak hingga cedera termasuk seorang daripadanya parah di Jalan Belatek, Rasah, Seremban, Rabu lalu.

Dua penjaga masing-masing lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 36 tahun ditahan sebaik polis menerima laporan daripada pengetuanya berusia 60 tahun.

Kejadian berlaku jam 8.30 pagi dan disedari seorang guru selepas mendapati empat kanak-kanak berusia antara empat hingga tujuh tahun berbirat di muka, kaki, kepala serta belakang badan.

Pemeriksaan mendapati empat kanak-kanak itu cedera dan seorang lagi berusia lima tahun parah.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS