Menu

JUMPA DUA PISTOL DALAM TASIK


Polis menemui dua pistol dan beberapa peluru di dalam tasik, Putrajaya yang dipercayai berkaitan kes pembunuhan seorang lelaki di Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9 Cheras pada 10 Mac lalu, semalam.

Penemuan itu susulan soal siasat terhadap seorang daripada 13 suspek yang ditahan berkaitan kes itu. Seorang daripada suspek mengaku memiliki pistol dan dicampakkan ke dalam tasik di Putrajaya.

Polis membawa suspek ke tasik yang menjadi lokasi pistol itu dibuang sebelum pasukan penyelam forensik menemui dua pistol serta beberapa peluru. Pada 10 Mac lalu, seorang lelaki berusia 39 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di dahi di tingkat tiga sebuah rumah di Bandar Tun Hussein Onn.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS