Menu

DI AMBANG PERSARAAN PENGARAH JSPT PERTAMA PDRM

Kuala Lumpur, 16 Jun 2017 – Berkuatkuasa 18 Jun 2017, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Mahamad Akhir Darus akan menjalani persaraan wajib setelah 41 tahun berkhidmat dalam pasukan.

Sebagai simbolik kepada persaraan beliau, bertempat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, telah diadakan Upacara Perarakan Keluar Pengarah JSPT yang mana telah disempurnakan oleh warga JSPT Bukit Aman sendiri.

Mengimbau kembali sejarah beliau dalam pasukan, Dato’ Mahamad Akhir telah memulakan kariernya pada 5 Disember 1976 sebagai Inspektor Percubaan dan bertugas di beberapa formasi PDRM seperti Sekolah Latihan Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta, Perak, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Perak, Pegawai Turus Trafik Kuala Lumpur, Unit Tugas Am & Trafik Maktab PDRM Cheras dan kemuncak kariernya mula bersinar setelah dilantik sebagai Ketua Trafik Pasukan pada September 2015.

Di bawah kepimpinannya juga, sejarah telah tercipta apabila Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-209 lalu, Cawangan Trafik secara rasminya telah dinaik taraf kepada Jabatan ke-10 dalam PDRM dan dijenamakan semula sebagai JSPT sekaligus menjadikan beliau sebagai Pengarah JSPT pertama dalam PDRM.

Dalam pada itu, turut diadakan sebentar tadi ialah Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JSPT di antara Dato’ Mahamad Akhir Darus dengan bekas Ketua Polis Daerah Brickfield, Kuala Lumpur iaitu SAC Sharul Othman Mansor yang dilantik untuk menerajui jabatan bongsu PDRM itu. Turut diadakan adalah Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP JSPT serta Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Bukit Aman di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan turut dihadiri oleh timbalannya, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah, pegawai-pegawai kanan PDRM serta Pengerusi PERKEP Malaysia Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Shahriza Saad dan wakil-wakil media.

_MG_8854
Komander Unit Tindakhas Bukit Aman, DCP Dato' Hazani Ghazali mendahului senarai penerima Kenaikan Pangkat.

_MG_8862
Ketua Polis Perlis, DCP Datuk AB Rashid Hj AB Wahab ketika menerima pemakaian pangkat daripada Ketua Polis Negara.

Penukaran Dokumen serah terima tugas Pengarah JSPT
Sesi Serah Terima Tugas Pengarah JSPT di antara Dato' Mohamad Akhir bin Darus kepada SAC Sharul Othman bin Mansor sambil disaksikan oleh Ketua Polis Negara.

_MG_8984
Ucapan oleh ato’ Mahamad Akhir Darus dan SAC Sharul Othman Mansor.

Sesi menukar dokumen di antara Datin Sharifah Zanariah Syed Mahmood dan Puan Sherlina Mohd Ismail
Sesi Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP JSPT di antara Datin Sharifah Zanariah Syed Mahmood dan Puan Sherlina Mohd Ismail sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim.

Sesi bergambar kenangan (2)
Gambar kenangan.

_MG_9171
Sekitar Upacara Perarakan Keluar Pengarah JSPT.

_MG_9156
Sekitar Upacara Perarakan Keluar Pengarah JSPT.

_MG_9253
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menyerahkan cenderahati kepada Dato’ Mahamad Akhir Darus.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS