Menu

PDRM SAMBUT BAIK USAHA CEGAH GEJALA BULI PELAJAR SEKOLAH

Kuala Lumpur, 10 Ogos 2017- Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyambut baik usaha murni Pertubuhan Aduan Rakyat Malaysia (PAR) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha menangani gejala buli di kalangan para pelajar sekolah yang semakin membimbangkan sejak mutakhir ini.

Ianya direalisasikan dengan Majlis Pelancaran Program “Say No” Gejala Disiplin/Buli Di Sekolah Dan Kalangan Murid-Murid yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, pagi tadi.

Menurut Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, penglibatan PDRM adalah ditunjangi oleh Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dengan inisiatif perlantikan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dari kalangan pegawai serta anggota PDRM di setiap sekolah seluruh negara bagi tujuan pemantauan keselamatan, disiplin, kesedaran berkenaan gejala sosial dan jenayah. 

Dalam pada masa yang sama beliau turut berharap dengan adanya “Anti-Bully Task Force” dan laman web khas bagi tujuan aduan online yang akan diwujudkan oleh PAR Malaysia bagi memantau disiplin serta membanteras budaya buli di kalangan para pelajar sekolah akan memberikan impak yang positif dan manfaat kepada sekolah dan masyarakat secara keseluruhannya.

Dalam majlis itu, seramai 1,000 orang pelajar dari 102 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan 17 buah Sekolah Jenis Kebangsaan dari sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut dijemput bagi sama-sama memahami dan diberi pendedahan bagi memenuhi objektif utama penganjuran program tersebut.

Hadir sama dalam pelancaran proram tersebut adalah Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab, Pengarah JPJKK, Dato’ Tajudin Md Isa, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Dato’ A. Thaiveegan yang juga merangkap penasihat program tersebut, Presiden PAR Malaysia, Datuk A. Chandrakumanan serta dif-dif jemputan.

_MG_9836
Ceramah motivasi oleh Prof. Mahadaven

_MG_9862
Sekitar program.

_MG_9935
Ucapan oleh Presiden PAR Malaysia, Datuk A. Chandrakumanan.

_MG_9983
Ucapan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Dato’ A. Thaiveegan.

_MG_0023
Ucapan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim

_MG_0175
Gambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS