Menu

GENG CURI KANOPI DITAHAN

Petaling, 10 Mac 2018 – Empat lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes mencuri set kanopi, meja dan kerusi di Bandar Bukit Puchong, dekat sini ditahan polis dalam serbuan berasingan sekitar ne­geri ini bermula Rabu lalu sehingga semalam.

Kesemua lelaki berusia antara 22 hingga 35 tahun itu ditahan di Kampung Baru Subang, Dengkil dan Banting.

Turut ditemui adalah peralatan mendirikan kanopi, tiga unit kipas si­ling, 250 buah kerusi plastik berwarna putih dan masing-masing 20 buah meja kayu segi empat dan meja besi boleh lipat serta tiga helai kanvas.

Ketua Polis Daerah Su­bang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kejadian berlaku apabila seorang lelaki tempatan yang merupakan pemilik perkhidmatan memasang khemah telah memasang tiga unit ka­nopi beserta 20 buah meja dan 250 kerusi yang ditempah pelanggannya di lokasi tersebut kira-kira pukul 9.10 malam pada 23 Februari lalu.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS