Menu

POLIS TAHAN LELAKI ANGGOTA KUMPULAN SAMUN "CINA BOY"

Johor Bahru, 18 Julai 2018 - Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan samun bersenjata “Cina Boy” yang terlibat sekurang-kurangnya lima kes samun di sekitar bandar raya ini dalam serbuan di rumahnya di Bandar Baru Kangkar Pulai, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata suspek berumur 35 tahun itu ditahan pada kira-kira 1.30 pagi dan polismerampas lima telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah motosikal daripadanya.

Beliau berkata hasil siasatan awal, lelaki berkenaan mengaku terlibat lima kejadian samun bersenjatakan parang iaitu empat di kawasan Iskandar Puteri dan satu di kawasan Johor Bahru Utara.

“Suspek ialah anggota kumpulan dikenali sebagai "Cina Boy" yang diberikan bersempena nama ketua kumpulan yang masih bebas dan dia dipercayai baru sebulan bergiat aktif melakukan jenayah samun,” katanya di sini, hari ini.

Noor Hashim berkata hasil ujian saringan urin mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine.

- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS