Menu

TIGA REMAJA TERMASUK DUA PELAJAR DITAHAN MEREMPIT

Taiping, 4 Ogos 2018 - Dua belas motosikal pelbagai jenis dan jenama disita manakala tiga remaja lelaki termasuk dua pelajar sekolah menengah ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib, berkata operasi dilakukan di Jalan Taman Pengkalan Maju bermula pada jam 5 petang dan berakhir pada 9 malam, disertai 14 anggota termasuk seorang pegawai.

Menurutnya, dalam operasi itu, sebanyak 70 kenderaan dan 70 individu telah diperiksa manakala 50 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

"Sebanyak 70 motosikal diperiksa dan daripada jumlah itu, sebanyak 12 motosikal disita.

"Tiga remaja lelaki berusia antara 15 hingga 20 tahun termasuk dua pelajar sebuah sekolah menengah di sini turut ditahan kerana menunggang dalam keadaan yang membahayakan pengguna jalan raya lain," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERITA HARIAN ONLINE

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS